Tuesday 19 November 2013

Tentang Rasa

Assalamualaikum ..

Bila perkara yang dirancang tidak berlaku seperti yang kita impikan maka perasaan kecewa secara tidak langsung hadir dalam diri. Namun segalanya ketentuan dariNya. Yang penting kita usaha, berdoa, bertawakkal dan segalanya berserah kepadanya.

Tatkala Dia mendatangkan UJIAN, 
pandanglah dengan pandangan IMAN.
Di saat Dia mengirimkan MUSIBAH, hadapilah dengan hati yang TABAH.Di kala Dia mengutuskan sesuatu, belajarlah untuk BERJIWA HAMBA. "


Hati mampu mengeluh namun tidak mampu untuk melawan takdir. Tentang jodoh, kematian, kasih sayang semuanya milik Allah. Kita hanya meminjam dan tidak semuanya kekal. Alhamdulillah setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah. Syukur, syukur, syukur dengan kesedaran yang ALLAH bagi kepadaku. Sayang manusia terhadap manusia yang lain tidak boleh melebihi sayang manusia kepada ALLAH. Kelalaian itulah Allah tidak suka kepada hambanya. Bila sesuatu terjadi, baru kita tersedar dari mimpi tentang kekurangan diri terhadap kasih sayang kita kepada ALLAH.

Pasti, dan pasti setiap perkara yang berlaku Allah akan memberikan yang lebih baik kepada hambanya selagi kita tidak putus berdoa. Ya Allah, walaupun hakikat sebenar sukar untuk melupakan tapi ku harus tabah dalam menempuh ujian dariMu. bersangka baik dengan Allah bila di uji., pasti ada hikmah disebaliknya. Insyaallah.




Mulailah sekarang, mulailah di mana kamu berada sekarang dengan apa adanya. Jangan pernah pikirkan kenapa kita memilih seseorang untuk dicintai, tapi sadarilah bahwa cintalah yang memilih kita untuk mencintainya.

Friday 26 July 2013

Ya Allah ! Aku lemah..

Aku cuba hargai setiap pertemuan .. Kerana di situ pasti ada perpisahan .. Aku cuba menyayangi setiap perpisahan .. Kerana di situ pasti ada kesedihan ..Luka yg paling payah untuk sembuh, ialah luka di hati apabila di khianati oleh insan yang mengaku dan bersumpah setia untuk sehidup semati dengan aku.. Aku mengenangkan hilang cinta manusia .. Menangis semahu-mahunya ... Daripada membazir air mata untuk seseorang yang pentingkan diri, lagi bagus jika menangis teresak-esak mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan ..


Kenangan 7bulan aku dengan dia ..
 Berat hati aku untuk melepaskan seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku walaupun di dalam tempoh yang singkat .. Jodoh itu memang rahsia Allah dan misteri jodoh juga ternyata sangat hebat ... Dugaan yang kita tempuh mengajar erti ketabahan, kecekalan, bersyukur dan saling menghargai setiap masa ..


Satu jam saja aku mencintaimu di hatiku namun bagi aku melupakanmu mengambil waktu seumur hidupku...Dulu.,aku selalu percaya akan cinta.,tetapi,setelah hati aku hancur.. Tiada sudah cinta dihati ini ! Maafkan aku kerana masih mencintaimu.. 



Jangan ucap cinta pada aku kalau kau tak mampu buktikan.. Hati aku sakit ! Kataku tak terucap.. Air mata aku sudah cukup menyatakan betapa dalamnya cinta dan perasaan ini.. Sampai hati kau buat aku macam nie..


Menyintai seseorang itu sangat sukar.. Tambahan si dia yang duduk dibangku sebelah.. Tanpa menyedari hati ini yang menyintainya..

Sunday 26 May 2013

Kenangan Terindah

" Tanpa awak hidup saya jadi sunyi.. Tanpa awak saya seakan mati..
Tanpa awak bagai malam tanpa bintang.. Tanpa awak saya akan tersesat..
Tanpa awak tiada lagi hasrat.. 
Dan Tanpa awak seakan jantung saya berhenti.. "

Layan mukabuku sama-sama.. Buat assigment sama-sama..
Edit gambar sama-sama .. dll =)

Haziq hantar sms macam nie kat dia..
Haziq <3 Suhaida..

Hey ! Tengok dia..! Walaupun dia pendek ., tapi dia tetap comel
di pandangan haziq.. hehe =D

Masa nie mula-mula kenal., baru nak kenal hati budi masing-masing..
Masa nie la kenangan pertama dengan dia..

Hang out dengan family IT dekat KLCC..
Ambil gambar kat sini untuk d'buat kenangan..