Friday 26 July 2013

Ya Allah ! Aku lemah..

Aku cuba hargai setiap pertemuan .. Kerana di situ pasti ada perpisahan .. Aku cuba menyayangi setiap perpisahan .. Kerana di situ pasti ada kesedihan ..Luka yg paling payah untuk sembuh, ialah luka di hati apabila di khianati oleh insan yang mengaku dan bersumpah setia untuk sehidup semati dengan aku.. Aku mengenangkan hilang cinta manusia .. Menangis semahu-mahunya ... Daripada membazir air mata untuk seseorang yang pentingkan diri, lagi bagus jika menangis teresak-esak mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan ..


Kenangan 7bulan aku dengan dia ..
 Berat hati aku untuk melepaskan seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku walaupun di dalam tempoh yang singkat .. Jodoh itu memang rahsia Allah dan misteri jodoh juga ternyata sangat hebat ... Dugaan yang kita tempuh mengajar erti ketabahan, kecekalan, bersyukur dan saling menghargai setiap masa ..


Satu jam saja aku mencintaimu di hatiku namun bagi aku melupakanmu mengambil waktu seumur hidupku...Dulu.,aku selalu percaya akan cinta.,tetapi,setelah hati aku hancur.. Tiada sudah cinta dihati ini ! Maafkan aku kerana masih mencintaimu.. 



Jangan ucap cinta pada aku kalau kau tak mampu buktikan.. Hati aku sakit ! Kataku tak terucap.. Air mata aku sudah cukup menyatakan betapa dalamnya cinta dan perasaan ini.. Sampai hati kau buat aku macam nie..


Menyintai seseorang itu sangat sukar.. Tambahan si dia yang duduk dibangku sebelah.. Tanpa menyedari hati ini yang menyintainya..

No comments:

Post a Comment